Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, professional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:
- Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh lima (5) minit.
- Setiap urusan pendaftaran seorang pelajar baru akan diselesaikan dalam tempoh tiga (3) minit.
- Keputusan permohonan penginapan di kolej kediaman akan dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan ditutup.
- Keputusan permohonan tempahan ruang/tempat/peralatan akan dimaklumkan dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
- Keputusan permohonan kertas kerja aktiviti pelajar yang lengkap dimaklumkan dalam masa empat belas (14) hari bekerja.
- Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh masa satu (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa mereka telah ambil perhatian dan akan diselesaikan.