Kolej Awang Had Salleh mula beroperasi pada bulan mac 2018. Kolej ini adalah pecahan dari Kolej Harun Aminurrashid dan Kolej Ungku Omar yang sebelum ini merupakan blok bagi kediaman pelajar Diploma. Kolej Awang Had Salleh menyediakan 6 blok kediaman iaitu Blok A Dan Blok B bagi kediaman pelajar lelaki Dan Blok C, Blok C Dan Blok D adalah kediaman bagi pelajar perempuan.
Kolej ini boleh menempatkan kira-kira 1728 orang pelajar iaitu 288 orang dalam sebuah blok. Namun setelah dinaiktaraf kapasiti pada tahun 2024, Kapasiti penuh kolej ini dapat mencecah seramai 3456 orang pelajar pada sesuatu masa. Setiap blok pula dapat menempatkan seramai 576 orang.
Kemudahan asas yang disediakan adalah seperti ruang dobi, bilih rehat, bilik kuarantin, bilik gerakan MMK, gelanggang futsal dan kedudukan kolej ini yang agak strategik kerana berdekatan dengan masjid dan kafetaria Kolej Ungku Omar dan Kolej Harun Aminurrashid.