KUOPRENEUR

HIMPUN@KUOPRENEUR merupakan salah satu program anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) dengan kejasama Exco Ekonomi dan Keusahawanan Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar (KUO) sidang 2019/2020, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada mahasiswa/i Kolej Ungku Omar untuk membantu pelajar mengenal pasti kekuatan dan kemahiran diri yang diperolehi khususnya ciri-ciri keusahawanan yang ada di dalam diri yang tidak diketahui oleh pelajar. Taklimat diberikan oleh wakil dari EDGE iaitu Dr.Sharul Effendy bin Januddin, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE). Program ini diadakan pada 8 Oktober 2019 di Dewan Kolej Ungku Omar, UPSI dari pukul 8.00 malam sehingga 11.00 malam. Seramai 500 orang penghuni Kolej Ungku Omar menghadirkan diri untuk memeriahkan program HIMPUN@KUOPRENEUR ini. Program dimulakan dengan pergerakan masuk VIP ke perkarangan dewan dan kata-kata aluan majlis daripada pengacara majlis. Program diteruskan lagi dengan ucapan dari pengarah program iaitu saudari Juliana Julayka M Yusuf, Exco Ekonomi dan Keusahawanan Kolej Ungku Omar dan bermulanya taklimat daripada Timbalan Pengarah EDGE yang menerangkan peluang- peluang dan platform kepada peserta yang ingin melebarkan diri dalam bidang keusahawanan. Seterusnya, cabutan bertuah diberikan kepada yang peserta yang bertuah diselang- seli dengan slot dari Exco Ekonomi dan Keusahawanan Kolej Ungku Omar iaitu ‘Youngpreneur’ yang disempurnakan oleh saudara Mohamad Nur Aiman Mohamad, Exco Ekonomi dan Keusahawanan. Program diakhiri dengan sesi photografi dan pergerakan keluar VIP.