COLLEGE BACKGROUND

Sejarah Penubuhan Kolej Awang Had Salleh

Pada 15 Januari 2018, kolej-kolej kediaman BLMT Universiti Pendidikan Sultan Idris telah distuktur semula dari 2 buah kolej kediaman menjadi kepada 3 buah Kolej Kediaman. Kolej Awang Had Salleh  pada mulanya dinamakan dengan nama Kolej Diploma dan pada 1 Ogos 2018 pihak Universiti telah bersetuju untuk menamakan semula Kolej Diploma kepada Kolej Awang Had Salleh. Kolej ini terletak di tengah-tengah diantara Kolej Ungku Omar dan Kolej Harun Aminurrashid serta berdekatan dengan kawasan blok-blok pengajian. Kolej Awang Had Salleh mempunyai enam blok penginapan iaitu empat blok penginapan untuk para penghuni wanita dan dua blok lagi ialah blok penginapan untuk para penghuni lelaki. Semua penghuni asrama adalah daripada kalangan pelajar peringkat pengajian Diploma sahaja dan kapasiti penuh asrama adalah seramai 1728 orang. 


Kolej ini telah mengabadikan nama seorang tokoh iaitu Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh. Seorang Profesor, Tokoh Pendidik, Alumni SITC  dan juga merupakan cendekiawan pendidikan negara yang terkenal. Pengetua Kolej Awang Had Salleh yang pertama ialah En. Mohd Fadhil Abdullah@Frederick Josue.

Kolej Awang Had Salleh kini kearah dalam misi untuk menyediakan kemudahan penginapan yang kondusif, selesa dan selamat kepada semua penghuni. Program-program kerohanian, keusahawanan, kesukarelaan serta program yang bersifat akademik juga dianjurkan oleh kolej ini bagi memberi nilai tambah dan sifat insan kepada semua penghuni Kolej Awang Had Salleh.