Assalamualaikum w.b.t | Salam Sejahtera | Salam Cemerlang Bersama

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya telah diberikan sedikit ruang untuk menyampaikan amanat di laman ini.

Sesungguhnya, laman sesawang ini merupakan salah satu medium rasmi kolej untuk menyampaikan maklumat serta program-program yang dilaksanakan oleh Kolej Awang Had Salleh (KAHS). Hal ini adalah selari dengan perkembangan era teknologi maklumat  dan ICT, yang mana orang ramai khususnya warga Kolej KAHS dapat mengenali Kolej Awang Had Salleh dengan lebih terperinci serta segala maklumat atau informasi terkini dapat disampaikan dengan lebih mudah. Semoga laman sesawang rasmi ini dapat digunakan sebaik-baiknya oleh warga UPSI khususnya pelajar Kolej Awang Had Salleh.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada para pelajar baharu yang telah berjaya terpilih untuk menjadi sebahagian daripada warga Kolej Awang Had Salleh. Kami dengan berbesar hati menerima kedatangan anda. Saya juga ingin mengucapkan selamat kembali kepada pelajar-pelajar senior, semoga anda lebih bersemangat dan beriltizam dalam semester baharu ini.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada para pelajar sekalian. Saya mendoakan agar para pelajar sekalian berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang. Ini kerana para pelajar sekalian merupakan generasi seterusnya yang bakal memimpin negara kelak.

“Aku tidak peduli dengan ijazah, yang aku inginkan adalah pengetahuan”.
Soichiro Honda

En. Frederick Josue @ Mohd Fadhil Abdullah
Pengetua