Previous
Next

BULETIN

UPSI, Tanjong Malim – Pada 6 September dan 18 Oktober yang lalu, Exco Kebajikan dan Perkhidmatan Kolej Awang Had Salleh (KAHS) dengan kerjasama Hospital Slim River telah menganjurkan Program Derma Darah yang bertempat di Dewan Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang melibatkan para mahasiswa/i dan kakitangan UPSI serta penduduk sekitar Tanjong Malim.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya penghuni Kolej Awang Had Salleh (KAHS) tentang kepentingan menderma darah. Program yang dinaungi oleh Pengetua KAHS, Encik Mohd Fadhil bin Abdullah dan di bawah bimbingan Felo Penasihat Exco Kebajikan dan Perkhidmatan KAHS, Encik Sasigaran a/l Moneyam ini telah mendapat sambutan yang sangat baik, terutamanya daripada mahasiswa/i UPSI sendiri.

Seramai 49 orang penderma telah menderma darah pada 6 September 2020 manakala seramai 50 orang penderma telah menderma darah pada 18 Oktober 2020. Kami meneliti masih terdapat ramai mahasiswa/i yang tidak berkesempatan untuk menderma darah ekoran waktu yang terhad meskipun kami memulakan program seawal jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Selain itu, kebanyakan penderma menderma sebanyak 2 pek beg darah seorang.

Amalan menderma darah adalah digalakkan kerana bukan sahaja akan membawa banyak kebaikan kepada penderma malah dapat membantu mereka yang memerlukan. Sedikit pertolongan kecil kita mendatangkan impak yang besar kepada orang lain. Disamping itu, amalam ini juga dapat memupuk sifat pemurah dan prihatin dalam diri penderma tersebut.

Oleh: Muhamad Suhaimin bin Mat Hashim

UPSI, Tanjong Malim – Pada 18 dan 19 September 2020 yang lalu, Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh telah mengadakan Kursus Pengurusan Majlis, Etiket dan Protokol di bawah anjuran Exco Akademik dan Kerjaya. Kursus ini bertujuan untuk memperkukuh ilmu pengurusan majlis yang sedia ada serta meningkatkan kemahiran mengendalikan protokol dalam sesuatu majlis. Selain itu, kursus ini juga bertujuan memberi pendedahan berkaitan sistem dan gerak kerja pengurusan serta penganjuran majlis mengikut protokol yang betul dan memberi pengalaman tentang cara pengurusan majlis, etiket dan protokol. 

Kursus Pengurusan Majlis, Etiket dan Protokol yang berlangsung sepanjang dua hari ini bertempat di Bilik Seminar Rafflesia, Bangunan Pusat Pelajar yang telah disertai oleh barisan Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh seramai 30 orang. Terdapat pelbagai slot dalam kursus ini seperti Slot Grooming & Personality, Slot Komunikasi dan Pengucapan Awam, Slot Etiket dan Protokol dan Slot Simulasi.

Slot Grooming & Personality menekankan kepada penampilan diri para peserta. Melalui slot ini juga, peserta dapat mengetahui etika pemakaian yang bersesuaian dengan sesuatu majlis dan meningkatkan imej serta personaliti. Melalui Slot Komunikasi dan Pengucapan Awam, para peserta diberi peluang untuk berucap di khalayak ramai bagi membantu meningkatkan keyakinan diri, terutama sebagai seorang pemimpin. Di Slot Etiket dan Protokol pula, peserta dapat mempelajari protokol majlis yang betul, supaya dapat dipraktikkan pada masa akan datang. 

Slot Simulasi merupakan slot kemuncak, di mana peserta perlu bekerja sebagai satu pasukan bagi menjayakan majlis mengikut situasi yang telah diberikan oleh penceramah. Para peserta perlu mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari di slot-slot lepas. Melalui slot terakhir ini, kami dapat melihat gambaran pergerakan majlis yang sebenar terutama sekali apabila setiap dari Majlis Mahasiswa Kolej diberikan bidang tugas masing-masing.

Besarlah harapan bahawa kursus seperti ini dapat dijalankan dengan lebih kerap lagi bagi meningkatkan pelbagai kemahiran yang mampu mengasah bakat peserta disamping mendapat pengalaman serta ilmu baharu, selain dapat mengeratkan hubungan serta semangat berpasukan antara ahli organisasi Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh.

Oleh: Masyitah binti Abdul Halim

Previous
Next

AKTIVITI

Previous
Next

9/1/2021 SABTU

EXCO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

10/1/2021 AHAD.

EXCO PERPADUAN DAN INTEGRASI

14/1/2021 KHAMIS

EXCO PENGINAPAN DAN KEMASYARAKATAN

16/1/2021 SABTU

EXCO PENERBITAN DAN INFORMASI

23/1/2021 SABTU

EXCO PENGINAPAN DAN KEMASYARAKATAN

30/1/2021 SABTU

EXCO SUKAN DAN REKREASI

MINI GALERY

PENERBITAN KAHS

Previous
Next

MEDIA KAHS

MEDIA KAHS OFFICIAL

follow to get all activities and event updates

FOLLOW US

@mideakahs_official
Click Here

 CONTACT INFO

Call 015-4879 7899
kdip@upsi.edu.my